Aset Liabiliti Selepas Mati

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru saya yang telah membentuk diri saya sekarang ini.
Tugas guru sama ada bergaji tetap atau tidak sangatlah penting kerana Al-Quran sendiri mengangkat tinggi darjat ILMU itu sendiri dengan penurunan ayat pertama iaitu surah Al-Alaq.


Kepentingan Ilmu Selepas Mati

Darjat guru-guru yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat bukan sahaja tinggi semasa hidup, malah amalannya dibawa selepas mati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)
3 perkara ini patut jadi persediaan penting untuk orang Islam sebelum mati.
Yang mana atu pilihan anda? Kalau tak dapat tiga-tiga sekali, mungkin boleh FOKUS untuk satu dahulu.


3 Amalan = Pendapatan Pasif Selepas Mati


aset-liabiliti-lepas-mati

Sebagai pelabur dan peniaga, kita maklum dengan konsep mudah
  • Aset = pendapatan masuk
  • Liabiliti = pendapatan keluar
Konsep ini juga boleh diaplikasikan dengan 3 amalan yang akan menjana pendapatan pasif (rahmat, kebaikan, darjat, pahala) untuk kita selepas kita mati.
Allah faham yang manusia ini pelbagai. Itu sebab Allah sediakan tiga peluang.
  • Orang yang tiada anak ada lebih masa menyebar ilmu
  • Orang tak tak pandai mengajar boleh bina sekolah wakaf
  • Yang sabar, penyayang dan boleh mendidik anak soleh dalam kehidupan moden mencabar sekarang ini. (Ini yang paling susah pada pendapat saya)


Rancang Langsaikan Hutang

Hutang baik atau hutang tak baik, semuanya wajib dilangsaikan sebelum mati. Kalau kita berdosa dengan Allah, In shaa Allah kita boleh dapat rahmat pengampunan dariNya, tetapi bila pinjam duit sesama manusia, kita kena settlekan sendiri cepat-cepat.


Sekali Lagi, Selamat Hari Guru!

Saya doakan keberkatan hidup dan mati kepada guru-guru yang terus menyebarkan ilmu berguna. Dari ilmu fizik, sampai lah cara ikat tali kasut yang betul, ilmu yang terus dipraktikkan akan memberi manfaat terus menerus untuk kedua-dua cikgu dan anak muridnya.
- See more at: http://ikramadi.com/aset-liabiliti-selepas-mati.html#more-1318
0 Komentar untuk "Aset Liabiliti Selepas Mati"

 
Copyright © 2005 Tazkirah - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info