Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar


TANDA2 BERLAKUNYA LAILATUL QADAR

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan" [Surah Al-Qadr 3]

#Terdapat beberapa penjelasan hadis dan pdgn ulama' mengenai tanda2 berlakunya lailatul qadar:

1. Rasulullah saw bersabda:

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء“

"Lailatul qadar adalah malam yg penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan” (HR At-Thoyalisi. Haitsami mengatakan periwayatnya thiqah)

Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah: "Malam lailatul qadar pertengahan, tidak dingin atau panas. Pagi harinya matahari terbit berwarna merah pudar"

2. Sabda Nabi saw:
"Aku pernah diperlihatkan lailatul qadar, lalu aku terlupa. Ia berlaku pd sepuluh malam terakhir. Malam itu kosong, tiada hujan atau rembulan, tidak panas atau sejuk seolah-olah bulan tlh menutupi bintang-bintangnya. Syaitan tidak keluar pd malam itu hingga fajar" (Riwayat Ibnu Hibban)

3. Ibnu Taimiyah berkata
"Kadang2 Allah memperlihatkan tanda2 lailatul qadar kpd seseorang ketika tidur mahupun berjaga. Ia melihat cahayanya atau mendengar seseorang berkata: "Malam ini ialah lailatulqadar" atau hatinya diperlihatkan perkara2 yg menunjukkan pkara tersebut"

4. Imam Ibn Jarir at-Tabari meriwayatkan kata2 sebahagian ulama':
"Pokok2 pada malam itu rebah ke tanah lalu kembali ke tempatnya semula. Pd malam itu semua sujud kpd Allah"

Tidak mustahil fenomena alam ini mungkin berlaku dan disaksikan orang tertentu. Namun fenomena ini berlaku bukan kpd seluruh manusia, tetapi mungkin bg orang2 tertentu shj. 

5. Berlaku kejadian2 yg luar biasa.

Abdah bin Abi Lubabah berkata:
"Aku pernah merasakan air laut menjadi tawar pd malam ke 27 Ramadhan" (Lathaif al-Maarif)

Diceritakan dlm al-Manhal al-Rawi fi Manaqib al-Nawawi:
"Suatu malam, Imam an-Nawawi sdg tidur bersama ayahnya. Ketika itu beliau berusia 7 thn. Mlm itu ialah mlm ke-27 Ramadhan.
Ayahnya bercerita: "Pd tengah malam, an-Nawawi terbangun. Ia membangunkan aku sambil bkata: "Wahai ayah, cahaya apa yg telah memenuhi rumah kita ini?"

Seluruh ahli keluarga terbangun. Namun mereka tidak melihat apa2. 

Ayahnya berkata: "Aku kemudian tersedar bhw kemungkinan malam itu lailatul qadar"
6. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah yg tidak didapatkan pada hari-hari yg lain.

Memadai bg kita orang awam maka memperbanyakkan ibadah pd setiap mlm bln Ramadhan. Jgn ditinggalkan solat terawih, qiamullail dan bacaan al-Quran. Mudah-mudahan  salah satu drp mlm2 itu ditakdirkan lailatul qadar tanpa kita menyedarinya. Usahlah kita berharap utk menyaksikan keajaiban lailatul qadar. Perkara itu diluar kuasa kita utk memperolehinya

Semoga Allah mempertemukan kita dgn malam al-qadar walaupun hanya sekali seumur hidup kita..Aamiiin

Selamat beramal & berbekal.
0 Komentar untuk "Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar"

 
Copyright © 2005 Tazkirah - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info