13 WASIAT UNTUK PENJAWAT AWAM/SWASTA

Tazkirah dari SHEIKH MUTAWALLI Rahmatullah Alaihi.
Kaherah, Mesir.


WASIAT PERTAMA
Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA
Terimalah pelanggan2 mu kendali segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat dan bukan pula syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari dari membaikpulih apa-apa kekurangan atau kesalahan pada diri mereka, kerana kamu adalah perantara penyelesaian serta HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA
Tunjukkanlah pengharga anmu terhadap umat dan gunapakaikan kelebihan dan kecekapan mu kpd mereka selaku penjawat yg baik agar kesan perkhidmatanmu lebih mendalam sampai kelubuk hati mereka.

WASIAT KEEMPAT
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang yang memerlukan perhatian, disebabkan peri sikap mu, segala masalah mereka berhasil diselesaikan dengan baik, lancar dan mudah.

WASIAT KELIMA
Perbaikkanlah layananmu terhadap orang2 yg memerlukan perkhidmatan dengan meninggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada kalangan kamu mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah tiada lagi di dunia sini.

WASIAT KEENAM
Setiap masa bertugas boleh dihubungkaitkan dengan didikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian dlm menyelesaikan masalah umat.

WASIAT KETUJUH
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau tinggalkan pekerjaan sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

WASIAT KELAPAN
Berapa ramai daripada kamu kerana memberi khidmat yang baik kepada umat, lantas dengan sebab itu mereka mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan. Ya Allah! tambahkan dan berkatilah kepada penjawat2 kami yang kuat, cerdas dan amanah.

WASIAT KESEMBILAN
Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga semangatmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

WASIAT KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

WASIAT KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua jerih payahmu itu akan memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti, in sha Allah.

WASIAT KEDUA BELAS
Pesanan ini merupakan hadiah BERHARGA kepada penjawat awam agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

WASIAT KETIGA BELAS
Sesungguhnya perintah Allah untuk kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

Semoga wasiat ini mendatangkan manfaat buat diri hamba juga buat sahabat pembaca yang budiman untuk lebih berkomitmen dan berkompiten dalam melaksanakan tugas sebagai orang yang bekerja..

Semoga kekhilafan dimasa lampau tidak kita ulangi dan moga - moga sahaja ianya diberi pengampunan oleh Allah swt..aamiiin
0 Komentar untuk "13 WASIAT UNTUK PENJAWAT AWAM/SWASTA"

 
Copyright © 2005 Tazkirah - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info